Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
Title :Mangsa banjir di Pahang berkurang kepada 807 orang
Faculty :Kosmo
Year of Publication :30 November 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Jumlah mangsa banjir di negeri ini hari ini menurun kepada 807 orang berbanding 2,375 orang yang yang direkodkan semalam. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, Che Adam A. Rahman berkata, daerah Temerloh menjadi daerah terbaharu merekodkan mangsa banjir iaitu melibatkan seramai 198 orang daripada 73 keluarga. “Pada masa ini Lipis merekodkan jumlah mangsa tertingi seramai 501 orang melibatkan 207 buah keluarga diikuti Kuantan merekodkan sebanyak 33 mangsa daripada. “Kesemua mangsa daripada daerah Raub dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas banjir kembali pulih,”katanya di sini hari ini. Menurutnya pada masa ini, empat sungai berada pada paras bahaya iaitu, Sungai Jelai di Lipis, Sungai Triang dan Sungai Pahang di Bera dan Sungai Pahang di Temerloh.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035