Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :HARIS FADILAH AHMAD
Title :5,000 penduduk ‘terkandas’, pelancong dibawa keluar jalan ke Taman Negara dinaiki air
Faculty :Kosmo
Year of Publication :29 November 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
JERANTUT – Kira-kira 5,000 penduduk Mukim Tembeling Tengah dan Ulu Tembeling terputus hubungan ke bandar Jerantut berikutan Jalan Jerantut- Kuala Tahan berdekatan Kampung Paya Garok dekat sini ditenggelami air hari ini. Laluan yang ditenggelami banjir sepanjang 100 meter dengan kedalaman yang semakin meningkat kemungkinan menyebabkan ratusan kenderaan dari dua hala Jalan Jerantut-Kuala Tahan terkandas di laluan berdekatan Kampung Paya Garok. Keadaan itu turut menyebabkan pelancong luar yang bercuti di Taman Negara terpaksa memendekkan percutian dan segera dibawa keluar oleh pengusaha pelancongan ke bandar Jerantut. Penduduk Ulu Tembeling, Mustapa Abdullah, 37, berkata, dia terpaksa menangguhkan perjalanan ke bandar Jerantut untuk berbelanja barang keperluan dapur dan pengurusan keluarga hari ini. “Kejadian air melimpah di laluan Simpang Paya Garok kerap berlaku setiap kali Monsun Timur Laut menyebabkan paras air Sungai Tembeling dan Sungai Pahang meningkat akibat hujan lebat di ulu sungai,” katanya. Tambahnya, mereka berharap projek meninggikan jalan raya di Simpang Paya Garok wajar segera dilakukan oleh kerajaan memandangkan di sini merupakan laluan utama penduduk.- KOSMO! ONLINE
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035