Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :NORFARHIZA MOHD ATAR
Title :[VIDEO] Calon SPM terpaksa berenang: JPN sahkan pelajar sudah di asrama
Faculty :Kosmo
Year of Publication :2 Disember 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang mengesahkan seorang pelajar tingkatan lima dari Kampung Kuala Kechau dekat Lipis yang terpaksa berenang meredah air banjir untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang tular di media sosial berada dalam keadaan selamat. JPN Pahang dalam kenyataan hari ini memaklumkan, siasatan mendapati laluan keluar dari rumah pelajar itu dinaiki air dengan sangat cepat menyebabkan mangsa terpaksa meredah air sebelum sempat dibawa ke asrama sekolah pada 29 November lalu. “Murid itu sekarang ditempatkan di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Lanar dan berada dalam keadaan selamat serta bersedia menduduki peperiksaan bersama calon lain,” kata kenyataan itu. JPN Pahang memaklumkan jabatan itu dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dengan kerjasama sekolah menengah berasrama di sekitar daerah Lipis menyediakan pelan kontigensi awal termasuk menyediakan kemudahan asrama kepada pelajar di kawasan terjejas banjir. Sebelum ini tular satu rakaman video berdurasi 53 saat seorang remaja lelaki dipercayai pelajar sekolah berenang dalam kawasan dinaiki air dan seorang lelaki lain dipercayai bapanya turut berenang merentasi banjir sambil menolak satu tong hitam besar berisi beg sekolah milik remaja berkenaan, – KOSMO! ONLINE
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035