Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
Title :Enam ditahan melombong emas haram di Kampung Bolok
Faculty :Kosmo
Year of Publication :25 November 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
TEMERLOH – Batalion 7, Pasukan Gerakan Am berjaya menumpaskan kegiatan melombong emas di Kampung Bolok dalam satu serbuan bersama Unit Penguat kuasa Negeri Pahang (UPNP), kelmarin. Menurutnya, dalam serbuan di kawasan perlombongan emas haram Kampung Bolok kira-kira pukul 8 pagi itu seramai enam individu berumur 25 hingga 38 tahun ditahan. “Semasa serbuan dilakukan beberapa pekerja cuba melarikan diri, namun berjaya diberkas. Polis menahan dan merampas semua peralatan serta mesin jentera seperti dua buah jentera berat ‘excavator’, palong, mesin pam air dan peralatan mendulang emas yang digunakan untuk melombong dengan anggaran nilai rampasan RM1.14 juta,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 158 Enakmen Mineral 2001, Seksyen 55 (b) dan 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63. Katanya, hasil pemeriksaan mendapati kegiatan melombong emas dilakukan oleh seorang lelaki dan lima lelaki warga Indonesia secara haram. “Suspek dan barang rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Temerloh dan UPNP untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035