Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Farah Marshita Abdul Patah
Title :TPM Ahmad Zahid saran utamakan kualiti, teruskan Menu Rahmah di kampus
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :05 Januari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
BANGI: Operator makanan dan pengusaha kafe di kampus universiti awam (UA) disaran menyediakan menu seimbang dan sihat serta meneruskan inisiatif Menu Rahmah. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan saranan itu dalam usaha memastikan setiap pelajar memperoleh nutrisi mencukupi. "Sebagai penyedia makanan tentunya perkara pertama adalah memastikan makanan disediakan bukan sahaja enak dan mengenyangkan tetapi memberi manfaat kesihatan kepada pelanggan. "Saya harap bukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sahaja menyediakan Menu Rahmah, malah kampus lain turut meneruskan inisiatif ini. "Ini adalah barakah (keberkatan) termasuk doa pelanggan terhadap kualiti makanan dan harga munasabah," katanya ketika berucap merasmikan Kuali Cafe@UKM, di sini hari ini. Yang turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Prof Emeritus Datuk Dr Mohamad Abd Razak dan Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman. Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu turut meminta semua operator makanan dan pengendali kafe di UA memberi sokongan terhadap kemampanan pengurusan sisa. "Saya harap UKM akan menjadi contoh di mana tidak ada pembaziran dan pembuangan makanan. "Kita tidak mahu sampah sarap terutama bahan-bahan yang akan mengganggu alam sekitar kita. Sementara itu, Mohd Ekhwan berkata, Kuali Cafe@UKM menyediakan Menu Rahmah dengan sajian serendah RM3. "Kuali Cafe@UKM beriltizam memberikan kualiti makanan dan produk terbaik dengan harga berpatutan sesuai dengan demografi warga kampus yang terdiri dari pelbagai latar belakang sosial serta ekonomi. "Kuali Cafe@UKM juga tidak akan meminggirkan pelajar B40 yang berkeperluan khas untuk menerima bantuan makanan," katanya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035