Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
UMPSA
Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Asrol Awang
Title :45 graduan perintis UMPSA-BJTU tamatkan pengajian bidang kejuruteraan rel
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :09 Januari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mencatat sejarah baharu apabila kumpulan pertama seramai 45 graduan program kerjasama UMPSA-Beijing Jiaotong University (BJTU) berjaya menamatkan pengajian mereka dalam bidang kejuruteraan rel. Daripada jumlah itu, seramai 20 pelajar tamatkan pengajian dalam Kejuruteraan Mekanikal, 15 lagi (Kejuruteraan Awam) manakala 10 pelajar Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik. Menurut Prof Dr Aida Mustapha yang menjalankan fungsi Naib Canselor UMPSA, dengan kelahiran graduan perintis UMPSA-BJTU itu, Malaysia kini bersedia bagi menggerakkan industri rel dengan tenaga kerja tempatan yang berkemahiran tinggi yang mampu menyokong pembangunan sektor rel di Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Beliau berkata, UMPSA adalah universiti pertama di negara ini yang menawarkan program ijazah dual yang membolehkan pelajar mengikuti pengajian selama dua tahun di UMPSA sebelum menyambung pengajian selama dua setengah tahun di BJTU, China. Katanya, program itu juga berjaya mengadaptasi Work-based Learning (WBL) yang berteraskan industri dan memberi peluang pelajar menimba pengalaman industri di China. "Kejayaan ini adalah langkah signifikan ke arah melahirkan tenaga kerja mahir untuk menyokong pembangunan sektor rel di Malaysia, termasuk projek mega Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijangka beroperasi pada tahun depan. "UMPSA menghargai sokongan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Duta Besar China di Malaysia dan hasil kolaborasi dengan pihak BJTU. "Program ijazah dual ini membuka lembaran sejarah di antara UMPSA dengan BJTU bagi mengeratkan hubungan kerjasama strategik dan membuka peluang yang lebih meluas dalam bidang penyelidikan dan pembangunan akademik kedua-dua universiti. "Selain itu, pertumbuhan sektor pembuatan dan industri di Malaysia pada masa kini memerlukan lebih banyak tenaga pakar dan berkemahiran dalam pelbagai bidang teknologi. "Malah, Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) juga dilihat akan memberi lonjakan terhadap sistem pendidikan negara," katanya dalam kenyataan. Sejak diperkenalkan pada 2021, seramai 102 pelajar menyertai program itu yang memberi penekanan kepada pembangunan kepakaran berkaitan teknologi rel. Majlis itu menyaksikan graduan menerima ijazah masing-masing daripada Secretary of the CPC Beijing Jiaotong University (BJTU), Chen Ziji dan Timbalan Presiden BJTU, Professor Gao Liang mewakili BJTU, manakala, UMPSA diwakili Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Datuk Dr Ahmad Ziad Sulaiman dan Penolong Naib Canselor Pengembangan Akademik, Prof Dr Kamal Yusoh serta Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA), Prof Dr Mahadzir Ishak @Muhammad di BJTU, Beijing. Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Dr Anesee Ibrahim berkata, pihaknya mengucapkan tahniah kepada UMPSA dan BJTU atas usaha menghasilkan graduan yang berkaitan teknologi rel. "JPA berbangga dan gembira dapat berpeluang dalam menyokong menghasilkan graduan yang diperlukan negara," katanya. Dr Ziad berkata, UMPSA turut berterima kasih kepada JPA dan sokongan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). "UMPSA turut berbangga apabila terdapat graduan yang telah mendapat peluang pekerjaan bersama Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd. (CCCC).
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035