|
Koleksi Khas Digital
|
|
| ||||||||||||||||||
| Full Text : |
| KUANTAN – Polis menahan tiga lelaki warga asing yang dipercayai terlibat dalam kes bunuh seorang wanita warga Indonesia yang mayatnya ditemukan di bawah timbunan pelepah sawit dekat Telemong di Bentong baru-baru ini.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, dua suspek yang merupakan pekerja ladang sawit ditahan sehari selepas mayat mangsa ditemukan.
“Semalam kita menahan seorang lagi suspek dan hasil soal siasat awal ada pengakuan.“Berdasarkan siasatan awal mangsa bukan tinggal di Telemong, kita percaya mangsa tinggal di Kuala Lumpur, jadi dia (mangsa) datang ke kawasan ladang kemudian berjumpa suspek kemudian ada pertikaian sebelum mangsa dibunuh,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Baru-baru ini Kosmo! melaporkan mayat seorang wanita yang sudah reput ditemukan di bawah longgokan pelepah daun kelapa sawit di Batu 19 Jalan Karak-Kuala Pilah dekat Telemong di sini.
Yahaya dilaporkan berkata, berdasarkan pemeriksaan di tempat kejadian beberapa barang dipercayai milik mangsa yang ditemui ialah sehelai seluar sukan berwarna hijau, seutas jam tangan jenama ‘Casio’, sepasang selipar warna hitam dan memakai baju sejuk warna hitam mempunyai ‘hoodie’.
Menurut Yahaya berdasarkan bedah siasat mendapati mangsa dipercayai dibunuh hampir dua minggu lalu.
Katanya, punca kematian masih dalam siasatan memandangkan mayat mangsa yang ditemui telah pun reput. – KOSMO! ONLINE |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |