Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
Title :Polis rampas ganja bernilai RM5.34 juta dirampas
Faculty :Kosmo
Year of Publication :11 November 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Polis berjaya merampas dadah jenis ganja bernilai RM5.34 juta dan menahan seorang lelaki tempatan dalam dua serbuan di daerah Bentong dan Maran di sini minggu lalu. Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, dalam kes pertama pada 4 November lalu polis menemukan kereta jenis Toyota Camry di tapak projek ECRL Jalan Lama Bentong-Bukit Tinggi di sini. Bagaimanapun katanya, tiada suspek ditahan dalam kes ini kerana tiada individu yang berada di dalam kereta berkenaan.“Hasil pemeriksaan lanjut terhadap kereta berkenaan telah menjumpai tujuh kotak mengandungi 107 bungkusan plastik lutsinar bertulisan ‘Flash’ dan dua kotak bercorak buah-buahan mengandungi 13 bungkusan plastik lutsinar serta empat guni mengandungi 120 bungkusan plastik lutsinar yang masing-masing dipercayai dadah jenis bunga ganja. “Jumlah keseluruhan rampasan ialah 240 bungkusan plastik lutsinar dipercayai dadah jenis bunga ganja dengan nilai pasaran dadah dianggarkan berjumlah RM5.04 juta,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini. Tambahnya, berdasarkan semakan nombor pendaftaran kenderaan mendapati ia milik seorang lelaki beralamat di Johor Bahru dan usaha mengesan pemilik sedang giat dilakukan. Dalam pada itu katanya, dalam kes berasingan di Maran pada 6 November lali polis berjaya merampas dadah jenis ganja bernilai RM303,800 dalam satu pemeriksaan ke atas sebuah kereta di Hentian Rehat dan Rawat Maran menghala Kuala Lumpur. Dalam serbuan kira-kira pukul 7 malam itu, polis berjaya menahan seorang lelaki berumur 37 tahun yang dipercayai berperanan sebagai ‘transporter’. “Pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan menjumpai tiga kotak mengandungi 41 bungkusan plastik lutsinar dipercayai dadah jenis ganja dan empat guni yang mengandungi 61 bungkusan plastik lutsinar dipercayai dadah jenis ganja. “Jumlah keseluruhan rampasan ialah 102 bungkusan plastik lutsinar disyaki mengandungi dadah jenis ganja seberat 98 kilogram dengan nilai pasaran dadah dianggarkan berjumlah RM303,800,” katanya. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika disabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 12 sebatan. Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati suspek yang 10 rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah berperanan sebagai ‘transporter’ dan mengaku menerima upah antara RM2,000 hingga RM3,000 bagi setiap penghantaran. – KOSMO! ONLINE
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035