Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
Title :Dua lori tangki minyak di Kem TUDM terbakar
Faculty :Kosmo
Year of Publication :8 November 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Dua buah lori tangki yang dalam proses pemindahan minyak di Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Batu 10 di sini musnah dalam kejadian kebakaran hari ini. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang tersebut. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Mohd. Razam Taja Rahim berkata, bomba yang tiba di lokasi kejadian pada pukul 2.56 petang mendapati kebakaran melibatkan dua buah lori tangki masing-masing berkapasiti 40,000 liter. “Kebakaran berlaku ketika proses pemindahan minyak daripada sebuah lori tangki ke sebuah lori tangki pengisi pesawat. Kebakaran turut melibatkan sebahagian dinding bangunan berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Mohd. Razam berkata, pasukan bomba melakukan pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula satu hos sumber air tangki pam jentera bomba. Kata beliau, operasi dibantu oleh pasukan keluaran operasi (PKO) Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota dan pasukan Bomba TUDM yang menggunakan teknik pemadaman buih. – KOSMO! ONLINE
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035