Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :NORFARHIZA MOHD ATAR
Title :Kerajaan sedang teliti mekanisma terbaik kawal selia permainan dalam talian – Fahmi
Faculty :Kosmo
Year of Publication :30 Oktober 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
RAUB – Kerajaan masih menetili untuk melesenkan permainan dalam talian seperti Roblox sekiranya kandungan permainan terbabit didapati memberi kesan negatif kepada kanak-kanak. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini sedang meneliti keperluan pelesenan berkenaan selain memantau beberapa permainan lain yang disifatkan tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah umur 16 tahun. “Kita belum lagi berhasrat untuk melesenkan permainan Roblox tapi kita sedang membuat pemantauan sama ada perlu dilesenkan ataupun tidak. “Bukan hanya Roblox tetapi banyak permainan lain dan ada dalam 10 jenis permainan lain yang mungkin tidak sesuai untuk kanak- kanak bawah usia 16 tahun. “Jadi kita sedang memantau dan meneliti apakah mekanisme kerangka kawal selia yang terbaik. Berikan saya sedikit masa sebelum kita buat pengumuman. Tetapi kita tidak boleh berdiam diri, tidak boleh berpeluk tubuh cuma mekanismenya sedang diteliti,”katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Kempen Internet Selamat Peringkat Negeri Pahang di Sekolah Kebangsaan Raub Indah di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035