Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Title :Pensyarah UiTM Pahang lemas ketika bercuti
Faculty :Kosmo
Year of Publication :12 Oktober 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KEMAMAN – Seorang pensyarah Akademi Pengajian Bahasa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang ditemui maut akibat lemas di kolam renang sebuah resort terkenal di Kijal, di sini, semalam. Mangsa, Nurhazwani Abd. Halim, 34, yang juga merupakan anak bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Permaisuri, Datuk Abd Halim Jusoh ditemui lemas oleh suaminya pada pukul 5.30 petang. Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja’afar berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama ahli keluarganya dikatakan tiba untuk mendaftar masuk ke resort berkenaan pada pukul 4 petang. “Mangsa dikatakan turun mandi ke kolam renang resort berkenaan kira-kira setengah jam kemudian. “Dia disedari lemas setelah mandi di kolam renang tersebut kira-kira sejam kemudian oleh suaminya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. Wan Muhamad berkata, Nurhazwani yang tidak sedarkan diri telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman di sini. Beliau berkata, pemeriksaan pegawai perubatan kemudiannya mengesahkan pensyarah terbabit sudah meninggal dunia.   “Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke unit forensik hospital sama untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035