Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :NORFARHIZA MOHD ATAR
Title :Generasi muda perlu pelihara alam sekitar, warisan dan seni budaya – Al Sultan Abdullah
Faculty :Kosmo
Year of Publication :12 Oktober 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
LIPIS – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan harapan agar generasi muda negeri ini terus memikul tanggungjawab memelihara khazanah alam sekitar dan warisan negeri sebagai amanah kepada generasi akan datang. Baginda bertitah, lebih separuh kawasan negeri ini masih diliputi hutan dara yang menjadi khazanah berharga bukan sahaja untuk rakyat Pahang, tetapi juga negara. “Sebahagian besar taman negara adalah (terletak) di dalam Negeri Pahang. Untuk maklumat, Negeri Pahang mempunyai lebih kurang dua juta hektar kawasan hutan yang masih lagi macam anak dara, tidak boleh disentuh oleh mana-mana pertubuhan ataupun syarikat. “Kita akan terus memegang amanah itu untuk memelihara hutan yang kita ada di Negeri Pahang ini,” titah baginda pada Pelancaran Majlis Rekreasi Pahang (MRP) sempena Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Pahang di Dataran Orang Kaya Haji di sini, hari ini. Baginda turut bertitah mengingatkan tentang kepentingan menjaga sungai-sungai utama di negeri ini seperti Sungai Pahang, Sungai Jelai, Sungai Semantan dan Sungai Endau supaya tidak tercemar atau bertoksik. “Kita juga harus memelihara sungai-sungai kita (kerana) mungkin sungai-sungai ini ada yang bertoksik, kotor dan sebagainya. “Saya harap bukan hanya sekadar program untuk memanjat bukit, tetapi juga membuat program kesedaran di sungai-sungai ini,” titah baginda. – KOSMO! ONLINE
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035