Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
Title :Penyata kewangan negeri Pahang diberi pengiktirafan tinggi
Faculty :Kosmo
Year of Publication :7 Oktober 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Pengiktirafan tinggi oleh Ketua Audit Negara terhadap penyata kewangan negeri Pahang membuktikan komitmen berterusan pentadbiran kerajaan negeri dalam membina Pahang yang makmur, berdaya saing dan berintegriti. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sehubungan itu kerajaan negeri akan terus memperkukuh disiplin fiskal, meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan serta memastikan hasil negeri dimanfaatkan sepenuhnya untuk kesejahteraan rakyat. “Kerajaan Negeri Pahang merakamkan penghargaan atas pengiktirafan Laporan Ketua Audit Negara menerusi pemberian Pendapat Tanpa Teguran (Unmodified Opinion) bagi Penyata Kewangan Tahun 2024. “Kejayaan yang sama diterima pada tahun 2023, membuktikan kecekapan tadbir urus serta pengurusan kewangan kerajaan negeri yang berteraskan akauntabiliti, ketelusan dan integriti, sejajar dengan semangat Aspirasi Pahang 1st,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Pahang antara empat negeri yang menerima sijil Ketua Audit Negara bagi Pendapat Tanpa Teguran (Unmodified Opinion) untuk penyata kewangan kerajaan negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2024. Ketua Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi dilaporkan berkata, selain Pahang tiga negeri lain yang turut menerima sijil itu ialah Melaka, Pulau Pinang dan Terengganu.- KOSMO! ONLINE
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035