Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
Title :Air melalui celahan bumbung akibat hujan lebat punca kebocoran HTAA
Faculty :Kosmo
Year of Publication :7 Oktober 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Kebocoran air melalui siling di ruang menunggu Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan semalam dikenal pasti berpunca daripada kebocoran air melalui celahan bumbung akibat hujan lebat dan angin kencang. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Ir. Razali Kassim berkata, kebocoran juga didapati berpunca daripada kuantiti ‘rainwater downpipe’ yang tidak dapat menampung jumlah air terlalu banyak, terutamanya apabila berlaku hujan lebat secara berterusan. “Untuk tindakan awal pada malam tadi syarikat konsesi HTAA telah menggunakan tampalan ‘flashing tape’ untuk menutup celahan bumbung yang berpotensi dimasuki air. “Semakan dan pembaikan lanjut terhadap bumbung dan ‘rainwater downpipe’ akan dilaksanakan bagi memastikan kejadian kebocoran bumbung tidak berulang,”katanya di sini hari ini. Tambahnya pada masa yang sama, semakan keseluruhan terhadap keselamatan pendawaian elektrik dilaksanakan bagi memastikan fasiliti berkenaan selamat. Hari ini Kosmo! Online melaporkan dua klip video memaparkan keadaan siling yang bocor teruk di ruang menunggu pesakit HTAA di sini tular sejak malam semalam, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang ramai terhadap keselamatan dan tahap penyelenggaraan fasiliti kesihatan berkenaan. Video masing-masing berdurasi 31 saat dan 44 saat itu dimuat naik di Facebook kira-kira pukul 8 malam menunjukkan air mengalir deras daripada siling berhampiran lampu kalimantang di ruang menunggu pesakit menyebabkan lantai digenangi air.   Dalam video kedua yang dimuat naik di ruangan komen pula menunjukkan pekerja sedang menyedut air yang bertakung di atas lantai menggunakan mesin penyedut.- KOSMO! ONLINE
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035