Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :KHAIRULMIZAN YAHYA
Title :Dulu jaga ayah, sekarang urus 200 pesakit kanser
Faculty :Kosmo
Year of Publication :7 Oktober 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Kebimbangan dan kesedihan saat melihat ayah dan kakaknya bertarung nyawa me­lawan kanser memberi semangat luar biasa kepada seorang wa­nita untuk bangkit membela kehidupan orang lain yang senasib dengan keluarganya. Atas faktor itu, Zaridah Hashim telah mengasaskan Pertubuhan Sokongan Pesakit Kan­ser Pahang (CSP), iaitu satu badan yang menjadi tempat bergantung buat lebih 200 pesakit kanser di seluruh negeri. Menurut Zaridah, pengalamannya menjaga ayah dan kakak yang masing-masing menghidap kanser tulang dan payu dara sebelum ini telah memberi kesedaran kepada dirinya. “Saya lihat ramai pesakit kan­ser tidak memiliki sistem soko­ngan yang mereka perlukan, jadi saya fikir perlu buat sesuatu. “Dari situlah saya dan bebe­rapa rakan yang juga penghidap kanser menubuhkan CSP,” kata­nya ketika ditemui selepas Majlis Seiring Sejalan 2.0 anjuran CSP yang dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah di sini semalam. Menurut Zaridah, CSP menyediakan sistem sokongan kepada ahlinya bagi mengelak mereka berasa bersendirian melawan penyakit yang ditanggung. Beliau berkata, penghidap kanser ini memerlukan perhatian dan individu ini tidak boleh dibiarkan bersendirian seolah-olah kehidupan mereka seperti di­pinggirkan.   “Melalui CSP, kita sediakan khidmat nasihat bukan sahaja kepada penghidap kanser tetapi juga kepada penjaga atau ahli keluar­ga mereka. “Dalam masa yang sama, kita turut mempunyai jalinan kerjasama dengan persatuan dari negeri lain dan sering berkolaborasi dalam mengadakan pelbagai program berkaitan,” katanya. Sementara itu, Zaridah mempelawa pesakit kanser yang belum menyertai CSP supaya bersama-sama dengan mereka untuk menjalin kerjasama. “Kita di CSP ingin membawa mesej dan menyedarkan ma­syarakat bahawa pesakit kanser perlu lebih bersemangat dalam berdepan ujian kesihatan itu. “Mungkin ramai juga yang tidak tahu ke mana mereka perlu pergi untuk mendapat sistem sokongan apabila disahkan menghidap kanser, jadi kami di CSP sedia membantu,” katanya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035