Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :NORHAFIZAN ZULKIFLI
Title :Doakan keselamatan sukarelawan misi GSF- Wan Rosdy
Faculty :Kosmo
Year of Publication :2 Oktober 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Seluruh rakyat negeri ini diseru untuk bersama-sama mendoakan keselamatan rakyat Malaysia yang terlibat dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, rakyat juga diminta meletakkan harapan agar 17 sukarelawan negara yang kini terputus hubungan dipercayai ditahan rejim zionis mendapat perlindungan Allah. “Kita sentiasa menyeru supaya segala bantuan yang dihantar kepada saudara seagama kita ini mendapat perlindungan Allah. “Bukan setakat sekarang, bahkan sebelum ini pun kita telah menyalurkan pelbagai bentuk bantuan,”katanya ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Aspirasi Pahang 1st Tingkatan Enam di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini, hari ini. Berdasarkan maklumat Sekretariat NGO-NGO Palestin (SNCC), setakat pukul 7.50 pagi waktu Malaysia, seramai 17 rakyat Malaysia terputus hubungan selepas kapal mereka dipintas, selain 10 kapal kini berstatus ‘diserang’ manakala 13 kapal lagi menghantar isyarat kecemasan.-KOSMO! ONLINE
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035