|
Koleksi Khas Digital
|
|
| ||||||||||||||||||
| Full Text : |
| KUANTAN – Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) merampas 126 jenis produk kesihatan tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi bernilai RM1.5 juta dalam serbuan di dua buah premis di sini kelmarin.
Menurut kenyataan JKNP pemeriksaan dilakukan di dua premis yang dimiliki pemilik berusia 30-an berkenaan dilakukan susulan daripada maklumat daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Bagaimanapun tiada tangkapan dalam serbuan berkenaan.
“Produk-produk tersebut termasuk ubat tradisional, suplemen kesihatan untuk radang lutut, probiotik, vitamin dan kosmetik.
“Produk tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi merupakan produk dan kosmetik yang diragui dari sudut keberkesanan, kualiti dan keselamatannya,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya, kes disiasat di bawah Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan Peraturan 18A(1)(a) Peraturan-Peraturan yang sama yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12, Akta Jualan Dadah 1952.
Jelasnya, jika sabit kesalahan individu terbabit boleh dikenakan denda sehingga RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali manakala syarikat pula boleh dikenakan denda sehingga RM50,000.-KOSMO! ONLINE |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |