Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :KHAIRULMIZAN YAHYA
Title :Pemancing hilang selepas terjatuh dari bot ditemui lemas
Faculty :Kosmo
Year of Publication :29 September 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
ROMPIN – Seorang pemancing yang dilaporkan hilang selepas terjatuh dari bot di Sungai Kampung Kedaik Lama, dekat Muadzam Shah, di sini, semalam ditemui lemas oleh pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) pagi ini. Mayat mangsa, Saharudin Harun, 44, yang juga kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuantan ditemui pada pukul 11.25 pagi, kira-kira 200 meter dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang bermula semalam disambung semula hari ini. “Operasi hari kedua membabitkan pencarian di permukaan selain selaman turut dilakukan di sekitar lokasi mangsa terjatuh kira-kira pukul 10 pagi. “Mayat mangsa ditemui hanyut oleh pasukan SAR yang membuat pencarian di permukaan kira-kira 200 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh,”katanya di sini hari ini. Semalam Kosmo! melaporkan seorang lelaki yang keluar memancing bersama seorang rakannya di Sungai Kedaik di sini hilang selepas terjatuh daripada bot gentian kaca.-KOSMO! ONLINE.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035