Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Nor Azizah Mokhtar
Title :Sandwic 'Ham and Cheese': Polis sahkan terima aduan pelajar UM
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :13 Januari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima satu aduan, Jumaat lalu, berhubung penjualan sandwic berlabel 'Ham And Cheese' yang diragui status halalnya di sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM), di sini. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood, berkata aduan itu diterima daripada seorang pelajar universiti awam berkenaan. "Satu laporan polis dibuat pada Jumaat lalu oleh pelajar institusi pengajian tinggi awam terbabit. "Kes ini telah dirujuk kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk tindakan lanjut," katanya kepada BH, hari ini. Media sebelum ini melaporkan UM menutup serta-merta dua premis kedai serbaneka dalam kampusnya susulan dakwaan penemuan produk pek sandwic diragui status halal. Menurut universiti itu dalam satu kenyataan, arahan penutupan berkenaan dikeluarkan bagi memberi ruang supaya siasatan dilaksanakan tanpa sebarang gangguan. Hari ini, JAKIM dalam satu kenyataan pula mengesahkan produk makanan berkenaan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Menurut JAKIM, hasil semakan turut mendapati syarikat yang menghasilkan produk terbabit bukan pemegang SPHM.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035