Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :KHAIRULMIZAN YAHYA
Title :Pemancing hilang selepas terjatuh dari bot
Faculty :Kosmo
Year of Publication :28 September 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
MUADZAM SHAH – Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas terjatuh dari sebuah bot ketika keluar memancing di Sungai Kampung Kedaik Lama, di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Sharuddin, 43, dikhuatiri lemas apabila tidak timbul semula selepas terjatuh dari bot yang dinaiki bersama rakannya di kawasan sungai berkenaan. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 10.28 pagi. “Kejadian itu telah dilaporkan oleh rakan mangsa yang bersama menaiki bot berkenaan. Susulan itu , sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah dengan kekuatan lapan anggota bersama sebuah jentera, lori dan sebuah bot digerakkan ke lokasi kejadian. “Pasukan tiba di lokasi pada pukul 12.03 tengah hari selepas menempuh perjalanan sejauh 77 kilometer dari Keratong 4,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini. Menurut beliau, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Pekan bersama empat anggota turut digerakkan ke lokasi bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR). “Operasi masih diteruskan dengan pemantauan dan pencarian di sekitar sungai berkenaan,” jelasnya.- KOSMO! ONLINE
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035