Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Asrol Awang
Title :Ubur-ubur api muncul di pantai Hiburan Rompin
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :13 Januari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan kehadiran ubur-ubur api yang kini banyak terdampar di sepanjang pantai Rompin, khususnya pantai Hiburan. Majlis Daerah Rompin (MDR) memaklumkan spesies yang diklasifikasikan dalam kumpulan hydrozoan marin itu mudah dikenali dengan warna kebiruan lutsinar. "Kesan sengatan ubur-ubur jenis Portuguese man o'war (physalia physalis) boleh menyebabkan kesakitan pada kulit. "Kulit terasa panas dan kemerahan, melepuh, kebas, gatal, sakit perut, muntah dan pening. Sengatan ubur-ubur ini dapat dilihat seawal tiga minit. "Jika disengat, disarankan untuk segera mendapatkan rawatan," katanya menerusi hantaran pada akaun Facebook rasmi MDR, hari ini. MDR turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyentuh hidupan beracun itu termasuk yang mati kerana boleh memberi kesan mudarat. Sementara itu, Pejabat Perikanan Daerah Rompin mengesahkan menerima aduan daripada nelayan berhubung kehadiran ubur-ubur itu di Pantai Hiburan. Ketua Daerah Perikanan, Pejabat Perikanan Rompin, Mohd Sharifuddin Abdul Manan berkata ubur-ubur terbabit sangat berbisa dan boleh memudaratkan kepada manusia. Katanya, kehadiran ubur-ubur itu dipercayai akibat daripada fenomena air pasang besar. "Tindakan awal yang kita lakukan ialah mengeluarkan notis kepada orang ramai supaya tidak menyentuh ubur-ubur bagi mengelakkan daripada terkena sengatan," katanya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035