Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :KOSMO!
Title :Kerajaan Pahang terima sumbangan S-GLC RM291.76 juta
Faculty :Kosmo
Year of Publication :27 September 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
PULAU PINANG – Kerajaan Pahang hari ini menerima sumbangan daripada 10 buah syarikat berkaitan kerajaan negeri (S-GLC) dan badan berkanun secara langsung RM229.945 juta dan secara tidak langsung RM61.023 juta. Sumbangan terkumpul berjumlah RM291.76 juta pada tahun ini tersebut meningkat berbanding sumbangan RM27.97 juta yang diterima tahun lalu. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, komitmen kerajaan negeri adalah untuk memastikan setiap sumbangan yang diterima itu akan dikembalikan semula kepada rakyat dalam pelbagai bentuk bantuan. “Bantuan pelajar, bantuan kepada jemaah, bantuan kepada masjid, yang menunaikan haji, pelajar-pelajar, siswa-siswi yang melanjutkan pelajaran. “Kita akan cuba pastikan supaya tidak ada rakyat Pahang yang tercicir dan ini adalah selaras dengan semangat Pahang 1st,” katanya ditemui selepas selesai menyampaikan ucapan penggulungan Persidangan S-GLC Pahang 2025 di Bertam Resort & Water Park di sini hari ini. Pada majlis itu, Wan Rosdy turut mengumumkan Perbadanan Setiausaha Kerajaan (PSK) akan menjadi tuan rumah bagi persidangan tahun hadapan selepas Yayasan Pahang mengambil giliran tahun ini. Tambah beliau, persidangan itu perlu sentiasa ditambah baik dengan idea-idea baharu dan inovatif agar terus relevan sebagai medan perbincangan hala tuju organisasi negeri.   “Mesti ada pembaharuan yang lebih baik dan ini jelas menunjukkan bahawa inovatif kita, inovatif dan jangan kering dengan idea-idea untuk membuat penambahbaikan. “Saya sangat yakin bahawa PSK akan membuat banyak perubahan yang lebih baik supaya persidangan S-GLC ini menjadi satu persidangan yang kita rasakan persidangan untuk kita semua,” katanya.. Jelas beliau, sebanyak 11 sesi perbincangan diadakan dalam persidangan kali ini yang kesemuanya berpotensi meningkatkan prestasi S-GLC negeri. “Saya berpesan kepada mereka supaya jangan berada di zon yang selesa kerana keadaan dunia semakin complicated (mencabar), banyak cabaran dan dugaan yang harus kita hadapi. “Oleh itu mereka kena sentiasa siap siaga, sentiasa menanam benih-benih positif supaya dapat meningkatkan lagi prestasi S-GLC,” katanya. – KOSMO! ONLINE
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035