Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :KHAIRULMIZAN YAHYA
Title :Polis Pahang terima 1,000 kotak makanan
Faculty :Kosmo
Year of Publication :26 September 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Polis Pahang akan mengagihkan 1,000 kotak makanan inisiatif Madani Prihatin kepada pelbagai ketegori penerima di seluruh negeri. Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, sumbangan itu akan diagihkan kepada pesara polis, pengantin baharu, ibu atau bapa tunggal, balu dan orang kurang upaya (OKU). Tambah beliau, sumbangan itu akan turut diagihkan kepada golongan asnaf, pesakit terlantar, mualaf, keluarga yang mempunyai lima orang anak atau lebih, individu berpendapatan di bawah kadar purata 40 peratus serta pekerja pembersihan. “Setiap kotak makanan Madani Prihatin bernilai kira-kira RM100 itu mengandungi barangan asas seperti beras, minyak masak, gula dan keperluan harian lain. “Saya yakin sumbangan ini akan memberi manfaat besar kepada penerima bukan sekadar dalam bentuk barangan makanan asas, tetapi juga sebagai simbol harapan dan tanda bahawa mereka tidak keseorangan dalam menghadapi cabaran hidup,” katanya. Beliau berkata ketika berucap pada majlis penyerahan kotak makanan Madani Prihatin di Dewan Badminton, Kompleks Logistik Alor Akar di sini hari ini. Sumbangan itu disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia negeri, Dr. Sim Chon Siang, mewakili Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi. – KOSMO! ONLINE
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035