Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :KOSMO!
Title :[VIDEO] Suka orang Cameron Highlands, jalan kembali tenang
Faculty :Kosmo
Year of Publication :21 September 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
PETALING JAYA – Selepas seminggu berdepan sengsara, hari Ahad terakhir minggu cuti sekolah hari ini nampaknya menjadi suasana yang indah bagi penduduk di tanah tinggi Cameron Highlands, Pahang apabila kesesakan jalan raya kembali tenang di sana. Berlegar di media sosial ketika ini, satu klip video yang menyaksikan keadaan jalan yang tenang selepas kawasan perlancongan tersebut diserang pengunjung minggu ini. Cameron Highlands sememangnya menjadi tumpuan pengunjung dalam atau luar negera kerana pemandangan dan suasana cuaca sejuk. Sebelum ini, penduduk di Cameron Highlands dikatakan terpaksa berehat di rumah hampir seminggu gara-gara keadaan jalan raya yang sesak. “Sebelum ini, kereta Bomba nak lalu pun tak lepas. Kali ni baru la dapat bernafas sikit,” ujar Jo Rahman. “Tenang sahaja jalan hari ini, alhamdulillah dah kembali normal. Kalau tidak saya nak ke tempat kerja makan masa dua jam sedangkan hari biasa hanya 20 minit,” kata Azizi Daus. – KOSMO! ONLINE.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035