Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Ruwaida Md Zain
Title :KDN rancang hantar pegawai belajar kursus AI di UA
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :16 Januari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
SHAH ALAM: Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhasrat menghantar pegawainya melanjutkan pelajaran dalam kursus Kecerdasan Buatan (AI) di universiti awam. Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata hasrat itu sebahagian usaha menambah baik perkhidmatan kementeriannya melalui AI. Beliau berkata, KDN akan menjalin kerjasama dengan universiti awam yang menawarkan kursus berkenaan. "Jika bayaran diperlukan, saya akan mengarahkan Ketua Setiausaha (KSU) kementerian untuk mencari dana itu. Saya ingin membawa pegawai untuk mengikuti kursus itu. "Kalau boleh mulakan di KDN, saya yakin pasukan KSU, ketua-ketua agensi akan sambut sepenuhnya. "Mula dahulu... mula dengan 'main hour training' di universiti awam," katanya ketika program Syarahan Menteri anjuran Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM) hari ini. Saifuddin berkata, semasa lawatannya ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini, beliau turut menandatangani perjanjian dengan Universiti Kecerdasan Buatan Mohamed Bin Zayed (MBZ) untuk membiayai pegawainya mempelajari tentang AI. Beliau berkata, pengetahuan AI sedang berkembang pesat di negara seperti UAE dan China, malah terlalu pantas kerana perubahan dalam sehari boleh dirasakan seperti sebulan. "Ini bermakna jika kita ketinggalan selama sebulan hari ini, percayalah mereka yang belum bermula sudah pun ketinggalan 10 tahun. "Daripada bercakap mengenai orang lain yang ketinggalan, mari kita bercakap tentang kita menerimanya," katanya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035