Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Asrol Awang
Title :Pahang, UAE meterai MoU lindungi Harimau Malaya
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :17 Januari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Pahang dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bertujuan menjalin kerjasama strategik bagi melindungi Harimau Malaya yang populasinya semakin kritikal pada masa ini. Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, bertitah projek itu akan dilaksanakan di Rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah yang juga kawasan perlindungan haiwan liar berkenaan dengan keluasan 1,340 kilometer persegi dan terletak bersebelahan Taman Negara Pahang. Baginda bertitah projek bernilai RM99.8 juta yang dibiayai Tabung Pemuliharaan Spesies Mohamed bin Zayed itu akan memberi tumpuan kepada usaha pemuliharaan spesies harimau, pemulihan habitat semula jadi serta pembangunan komuniti setempat. Keberangkatan Tengku Hassanal turut diiringi Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Khaled Mohamed Zayed yang turut hadir menyaksikan majlis perjanjian itu. Antara keutamaan projek itu adalah menangani ancaman utama seperti pemburuan haram, kerosakan habitat sekali gus mengatasi isu kemerosotan populasi Harimau Malaya yang kini berada di ambang kepupusan. Kerjasama itu secara rasmi diumumkan pada Minggu Kelestarian Abu Dhabi dan perjanjian dimeterai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Enggang Holding, Tengku Datuk Aiman Putra Tengku Datuk Seri Kamal Bahrin dan Presiden Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam (IUCN), Razan Al-Mubarak. Sementara tu, baginda dalam titahnya yang dimuat naik di Facebook Kesultanan Pahang, menzahirkan penghargaan terhadap usahasama serta menekankan kepentingan kerjasama antarabangsa dalam memulihkan populasi Harimau Malaya dan mengekalkan keseimbangan ekosistem global. "Projek ini melambangkan komitmen kita untuk melindungi warisan alam semulajadi demi generasi akan datang. "Melalui perpaduan dan usaha kolektif, kita akan dapat memulihkan habitat serta memastikan spesis ini terus hidup di habitat asalnya," titah baginda. Baginda bertitah, langkah itu turut mencerminkan keprihatinan mendalam Malaysia dan UAE terhadap kelestarian alam sekitar, sekaligus membuka lembaran baharu dalam usaha global melindungi hidupan liar yang semakin terancam.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035