Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Asrol Awang
Title :Tak endah bendera merah, pengunjung lakukan aktiviti air di pantai
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :19 Januari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Segelintir pengunjung Pantai Teluk Cempedak, di sini dilihat tidak mengendahkan amaran tiga bendera merah yang dikibarkan di pantai itu apabila masih berani melakukan aktiviti air. Keadaan ombak besar dan angin kencang ketika Monsun Timur Laut (MTL) yang masih berterusan di pantai berkenaan seolah-olah tidak menakutkan pengunjung. Lebih membimbangkan, mereka memberanikan diri melakukan aktiviti air ketika pihak berkuasa sentiasa menasihati pengunjung pantai supaya mengutamakan keselamatan. Tinjauan di pantai Teluk Cempedak hari ini, mendapati keadaan ombak besar dan angin kencang tidak memberi kesan kepada segelintir pengunjung yang masih melakukan aktiviti air. Pada masa sama, ada bapa yang membawa anak bermain air yang boleh mengundang kejadian tidak diingini jika tersilap langkah. Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Che Adam A Rahman, menasihati pengunjung pantai bukan sahaja di daerah ini, malah di Pekan dan Rompin supaya peka dengan cuaca yang tidak menentu ketika ini. Katanya, sebaiknya pengunjung tidak berada di tepi pantai terutama melakukan aktiviti air untuk mengelak daripada berlaku kejadian tidak diingini. "MTL masih belum lagi berakhir kerana dijangka berterusan sehingga Mac depan. Dalam keadaan ombak besar ini, keselamatan perlu diutamakan," katanya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035