Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
UMPSA
Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Asrol Awang
Title :UMPSA lancar pek makanan `Express Meal'
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :20 Januari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) memperkenalkan `Express Meal' antara inisiatif kemudahan kepada pelajar. Naib Canselor UMPSA, Prof Dr Yatimah Alias, berkata pek makanan sedia untuk dimakan itu melalui teknologi retort di bawah inisiatif food@campus (UMPSA Campus Pantry) dengan kerjasama Yayasan UMPSA. Katanya, pek makanan itu untuk kebajikan pelajar yang memerlukan serta untuk diagihkan bagi persediaan bantuan ketika musim bencana banjir. "Bermatlamatkan `Zero Hunger', pek ini sebagai persediaan bagi menyediakan makanan Ketika kecemasan bagi membolehkan mereka mendapatkan makanan yang sihat dan sedia untuk dimakan. "Pek ini membolehkan pelajar yang berkeperluan mendapat makanan yang dimasak menggunakan teknologi retort antaranya rendang ayam, rendang daging, daging lada hitam, paprik ayam dan nasi goreng cina. "Sebanyak 38,000 `UMPSA Express Meal' iaitu pek makanan pelbagai menu diperuntukkan setahun kepada pelajar daripada keluarga B40 yang memerlukan. "Mereka boleh mendapatkan pek ini melalui permohonan secara dalam talian di E-Community pelajar. "Pemohon akan diberikan ekupon kasih melalui aplikasi ADAB APPS dan kupon tersebut boleh ditebus guna di campus pantry Gambang dan Pekan," katanya yang turut mencuba juadah `Express Meal' yang disediakan di Dapur Siswa di Residen Pelajar UMPSA Gambang. Dalam pada itu, Dr Yatimah turut melawat Residen Pelajar 1 dan 3 UMPSA Kampus Gambang dan melancarkan Inisiatif Perkhidmatan Pelajar oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA). Beliau berkata, antara inisiatif perkhidmatan pelajar ialah dobi berpusat, gimnasium siswi dan dapur siswa yang dilengkapi dengan kelengkapan memasak bagi membolehkan pelajar berkreativiti menyediakan makanan sendiri. Selain itu, beliau turut membuat lawatan ke Pusat Parcel Pelajar, Bilik Penginapan Residen Pelajar, Student Lounge, Kafeteria Premium dan meninjau menu siswa rahmah yang disediakan. "Inisiatif perkhidmatan pelajar yang dijalankan amat baik dan memberi manfaat kepada pelajar. "Keperluan pelajar sangat penting dan UMPSA sangat menitikberatkan kemudahan dan fasiliti yang terbaik untuk pelajar serta sentiasa berusaha untuk menambah baik kemudahan yang disediakan," katanya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035