Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Asrol Awang
Title :Obor-obor beracun terdampar di Pantai Kuantan, Rompin dan Pekan
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :20 Januari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Obor-obor beracun daripada spesis Portuguese Man o' War atau nama saintifiknya 'physalia physalis' ditemui terdampar di Pantai Rompin, Pekan dan Kuantan. Pengarah Jabatan Perikanan Pahang, Abdullah Jaafar, berkata setakat ini hanya spesis itu yang ditemui oleh pegawai perikanan di tiga daerah berkenaan. Bagaimanapun, katanya, pegawai Jabatan Perikanan akan menjalankan pemantauan dan tinjauan dari semasa ke semasa di pantai terbabit. "Dalam tempoh Monsun Timur Laut (MTL) ketika ini, Jabatan Perikanan menasihati orang ramai supaya menjauhi kawasan pantai bukan sahaja kerana berbahaya ombak besar dan arus kuat, tetapi juga untuk mengelakkan risiko jika terdapat obor-obor yang berbahaya. "Antara spesis itu ialah Portuguese Man o' War dan 'Cubozoan jellyfish' atau 'Box jellyfish' yang sengatannya sangat beracun yang boleh mendatangkan kesan kecederaan teruk atau mungkin menyebabkan kematian. "Peringatan juga diberikan kepada pihak bertanggungjawab di peringkat daerah dan melalui media sosial Jabatan Perikanan Pahang," katanya ketika dihubungi hari ini. Minggu lalu, obor-obor itu ditemui terdampar di Pantai Sepat, Pantai Lagenda, Pekan dan Pantai Hiburan, Rompin. Difahamkan, kehadiran obor-obor berkenaan dipercayai akibat daripada fenomena air pasang besar.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035