Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :BERNAMA
Title :PERODUA, UTM bekerjasama bangun kenderaan elektrik generasi baharu
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :20 Januari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi menjalinkan kerjasama membangunkan kenderaan elektrik (xEV) generasi baharu. MoU itu termasuk program mendidik dan melatih jurutera baharu bagi membangunkan teknologi terkini berkaitan dengan xEV. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, berkata pengeluar kereta kompak itu berharap dapat membantu Malaysia membangunkan sendiri teknologi xEV pada masa depan. "Menerusi MoU ini, PERODUA mengambil langkah ke hadapan daripada mandat asal kami iaitu sebagai perantara pemindahan teknologi kepada menjadi entiti bagi memacu pembangunan teknologi," katanya dalam satu kenyataan bersama hari ini. Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (penyelidikan dan inovasi) UTM, Prof Dr Rosli Md Illias berkata, kerjasama itu menekankan mengenai kepentingan untuk merapatkan jurang antara ahli akademik dan pihak industri serta melengkapkan graduan dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan. Justeru, perkongsian itu akan memperkasa pelajar dan penyelidik UTM, menjadi model kerjasama antara ahli akademik dan industri serta memastikan Malaysia kekal kompetitif dalam sektor automotif global. Menerusi MoU itu juga, katanya, satu makmal satelit akan dibina di kampus utama UTM di Skudai, Johor. "PERODUA dan UTM akan bekerjasama secara aktif dalam bidang akademik, penyelidikan dan pembangunan, selain program pembangunan bakat dan latihan bagi pekerja masing-masing," katanya. -BERNAMA
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035