Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Asrol Awang
Title :Lelaki jatuh sungai ketika uji bot ditemukan lemas
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :27 Januari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Lelaki yang dilaporkan terjatuh ketika melakukan ujian bot berhampiran Jeti Sungai Puteri, dekat Kuala Rompin kelmarin ditemukan lemas, hari ini. Mayat Syed Khalid Syed Ahmad Munshee, 50, dari Tanjung Pahang Tua, Pekan ditemukan terdampar di beting pasir oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) bersama awam jam 11.45 pagi. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, berkata mangsa ditemukan kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian. Mayat mangsa diserahkan pada pihak polis untuk tindakan lanjut. "Susulan penemuan itu, SAR yang digerakkan sejak kelmarin ditamatkan jam 12.25 tengah hari ini," katanya. Berdasarkan laporan, mangsa bersama seorang rakan dipercayai terjatuh dari bot yang sedang diuji berhampiran jeti kira-kira jam 6 petang. Mangsa dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras, manakala rakannya selamat.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035