Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Muhammad Najmir Razaman
Title :QSR Brands bersama KFC Malaysia perkukuh kerjasama dengan RZS-CASIS UTM
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :01 Februari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR: Peneraju industri makanan halal Malaysia, QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands) bersama KFC Malaysia, terus memperkukuhkan komitmennya terhadap Pusat Pengajian Lanjutan Islam, Sains dan Ketamadunan Raja Zarith Sofiah (RZS-CASIS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 26 Januari lalu, melalui penyaluran dana sebanyak RM2 juta bagi menyokong pembangunan ilmu. Sumbangan ini diumumkan bersempena Persidangan Diraja Berkenaan Islam dan Kemanusiaan yang berlangsung di UTM Kuala Lumpur yang turut dihadiri Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, selaku Penaung Diraja RZS-CASIS.  Baginda bukan sahaja menyampaikan titah diraja malah turut menyaksikan penyerahan cek oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan QSR Brands, Nehchal Khanna, kepada Naib Canselor UTM, Profesor Dr Mohd Shafry Mohd Rahim. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang, Lembaga Pengarah UTM, Tan Sri Azman Mokhtar serta Pengerusi QSR Brands yang juga Pro-Canselor UTM, Tan Sri Jamaludin Ibrahim. Jamaludin berkata, sumbangan ini adalah bukti kepada kesungguhan QSR Brands dalam memacu pembangunan ilmu dan memahami bagaimana Islam, sains dan teknologi dapat bergabung bagi membentuk masyarakat moden.  Beliau menegaskan bahawa kecemerlangan akademik perlu diperkasa dengan kajian ilmiah yang holistik dan kerjasama dengan RZS-CASIS ini membuka lebih banyak ruang untuk pemerkasaan keilmuan Islam yang selari dengan kemajuan sains dan teknologi masa kini. Dana sebanyak RM2 juta ini bakal dimanfaatkan menerusi pelbagai inisiatif termasuk penyelidikan akademik berkualiti tinggi, pembangunan ilmiah berteraskan pandangan dunia Islam serta penerbitan berkaitan inklusiviti dan pemahaman masyarakat. Sementara itu, Khanna turut menegaskan bahawa kolaborasi dengan UTM ini bukan sekadar tajaan tetapi juga sebahagian daripada usaha jangka panjang syarikat untuk membina negara berilmu dan berbudaya. Beliau juga menzahirkan rasa bangga kerana QSR Brands dapat menjadi sebahagian daripada inisiatif yang memperjuangkan keadilan dan kemanusiaan menerusi pendidikan dan dialog intelektual. Kerjasama ini sekali gus menandakan satu lagi langkah signifikan ke arah pemerkasaan pendidikan Islam, teknologi dan kemanusiaan, selaras dengan visi syarikat itu dalam memberikan impak yang lebih besar kepada Malaysia dan dunia.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035