Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Hafidzul Hilmi Mohd Noor
Title :Polis sahkan terima laporan polis dibuat Naib Canselor UKM
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :04 Februari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima laporan daripada bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman berhubung fitnah dan tohmahan dilontarkan kepadanya. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, laporan dibuat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. "Ada, kita terima dua laporan petang semalam (3 Februari) daripada Naib Canselor (UKM)," katanya ketika dihubungi, hari ini. Semalam, Mohd Ekhwan mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Naib Canselor UKM berkuat kuasa Ahad lalu. Beliau turut memaklumkan satu laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan dibuat berhubung fitnah dan tohmahan dilemparkan kepadanya. Sebelum ini, ada pihak mendakwa hasil audit universiti tersebut menunjukkan wujud salah guna kuasa dan penyelewengan serta tidak mematuhi proses perolehan yang mengaitkan nama Mohd Ekhwan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035