Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Amir Hamzah Nordin
Title :Adik dikhuatiri lemas, abang terselamat hanyut dalam bot
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :05 Februari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
RAUB : Lelaki berusia 22 tahun dikhuatiri lemas di Sungai Batu Talam, Kampung Badang, Jalan Cheroh, dekat sini pada jam 4.08 petang, semalam. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, mangsa yang dikhuatiri lemas, Ahmad Khairul Nizam Sudin berusia 22 tahun. Katanya, abang mangsa, Muhamad Tarmizi Sudin (23) terselamat kerana hanyut bersama bot jenis gentian kaca tanpa enjin. "Sejurus menerima panggilan kecemasan, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub dengan tujuh anggota diketuai oleh Komander Operasi, Asmadi Dahlan tiba di tempat kejadian terus melakukan operasi pencarian secara di permukaan air di kawasan sekitar tebing sungai itu. "Mangsa yang lemas masih belum dijumpai, komander operasi melaporkan abang mangsa selamat berada di atas bot fiber tanpa enjin dan hanyut," katanya. Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dihentikan pada jam 8 malam ini dan pencarian akan diteruskan pagi esok. Polis seramai 10 anggota dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta 10 orang awam turut menyertai operasi di lokasi. Salahuddin berkata, setakat ini, sebanyak lima kes lemas berlaku di Pahang sejak awal 2025 iaitu di Jerantut, Kuala Rompin, Tasik Bera, Kuantan dan di Raub. "Orang ramai dinasihatkan cuba menjauhi aktiviti mandi manda atau melakukan aktiviti di air di tempat merbahaya kerana Musim Monsun Timur Laut (MTL) masih belum reda," katanya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035