Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Amir Hamzah Nordin
Title :Kanak-kanak maut, kereta dipandu bapa terhumban dalam gaung
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :12 Februari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
RAUB: Seorang bapa berusaha menyelamatkan anak perempuannya berusia lima tahun dengan menarik mangsa naik ke atas tebing gaung sejurus kenderaan dinaiki mereka terbabit kemalangan di Jalan Lama Raub - Bentong. Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, dalam kejadian berhampiran jambatan besi, Pekan Tras, jalan lama Raub ke Bentong jam 6.00 petang semalam, kereta dinaiki mangsa terhumban ke dalam gaung. Beliau berkata, kereta dipandu lelaki berusia 30 tahun itu dipercayai dalam perjalanan dari arah Tranum menuju ke Raub. "Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke dalam gaung. "Bapa kepada kanak-kanak itu yang masih sedar kemudian berusaha membawa keluar anak perempuannya dari dalam kenderaan. Dia kemudian membawa naik anaknya itu ke atas tebing gaung berkenaan," katanya. Beliau berkata, petugas perubatan dari Hospital Raub yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia di lokasi kemalangan. "Siasatan awal di tempat kejadian dapati kemalangan berpunca pemanduan secara cuai sehingga menyebabkan kemalangan berlaku. "Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987," katanya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035