Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Mohd Rafi Mamat
Title :Kakitangan awam Pahang gembira pulang awal setiap Jumaat
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :14 Februari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Kakitangan awam di Pahang tahun kedua berpeluang pulang lebih awal pada 12.30 tengahari setiap Jumaat sempena Ramadan akan datang. Penetapan waktu bekerja itu selaras dengan titah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di sini semalam. Penetapan waktu itu turut membabitkan semua jabatan negeri, Pejabat-pejabat Daerah dan Tanah, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun negeri. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) Aishah Che Mohd, 39, berkata, selepas 12 tahun berkhidmat dalam sektor awam di Pahang, ini kali kedua kerajaan negeri memberi kelonggaran pada kami pulang lebih awal pada setiap Jumaat sempena Ramadan. Menurutnya, pulang awal memberi peluang kepada kakitangan awam wanita menyediakan juadah berbuka puasa untuk keluarga di rumah, pada hari biasa kami pulang pada 4.30 petang. "Mereka yang ingin pulang ke kampung untuk berbuka puasa bersama ibu bapa berpeluang berbuat demikian, Ramadan tahun ini begitu bermakna buat kami. "Setiap Jumaat saya juga berpeluang pulang ke kampung di Terengganu untuk berbuka puasa bersama suami dan dua cahaya mata," katanya, di sini hari ini. Beliau berkata, keputusan kerajaan negeri memberi kelonggaran pulang awal setiap Jumaat pada Ramadan kali ini menjadi hadiah buat penjawat awam yang telah banyak berkorban untuk sektor awam di Pahang. Aishah berkata, sebelum ini kerajaan negeri menyediakan bantuan khas kewangan (BKK) satu bulan setengah gaji kepada kira-kira 8,000 penjawat awam di negeri ini, Ramadan kali ini kemudahan pulang awal setiap Jumaat disediakan sepanjang Ramadan. Kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang, Sufian Manan, 42, berkata keprihatinan Sultan Pahang yang menitah kakitangan awam di Pahang pulang awal pada Jumaat pada Ramadan kali ini berupa hadiah. "Peluang pulang lebih awal memberi peluang kepada golongan suami membantu isteri menyediakan hidangan berbuka puasa selain mengambil anak di asrama. "Hari ini ramai suami dan isteri yang bekerja dalam sektor awam, mereka dapat pulang bersama dan keluar membeli juadah berbuka puasa sebelah petang," katanya yang yakin lebih banyak kemudahan akan disediakan kerajaan negeri untuk kakitangan awam selepas ini. Katanya, sokongan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail terhadap kakitangan awam menambahkan lagi semangat kami untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang untuk kemajuan negeri.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035