Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Asrol Awang
Title :'Suspek kes bunuh wanita buat COD, kejam, tidak berperikemanusiaan' - Sultan Pahang
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :14 Februari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, mahu suspek kes bunuh seorang wanita yang ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, di sini ditahan segera. Pada masa sama, baginda bertitah, hukuman setimpal dikenakan terhadap suspek terbabit jika disabitkan atas kesalahan membunuh. "Kejam dan tidak berperikemanusiaan," titah baginda menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang, hari ini. Terdahulu, Al-Sultan Abdullah berkenan mencemar duli berangkat menziarahi keluarga mangsa bunuh di Unit Forensik, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini hari ini. Baginda diiringi Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. Dalam kunjungan itu, baginda sempat menitipkan titah nasihat dan kata-kata semangat buat suami mangsa, Mohammad Afiq Akhmal Nudin, 31. Berdasarkan laporan, mayat seorang peniaga wanita ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, semalam. Susulan itu, sepasukan polis bersama pakar patologi forensik dari HTAA menjalankan siasatan lanjut di tempat kejadian dan mendapati ada unsur jenayah pada tubuh peniaga makanan berkenaan. Sementara itu, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata pihaknya sedang memburu seorang lelaki berusia 37 tahun berhubung kes kematian peniaga wanita itu. Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau. "Kes ini masih dalam siasatan termasuk mengenal pasti motif kejadian. Setakat ini identiti suspek sudah dikenal pasti dan usaha mengesan sedang dilakukan. "Suspek bukan berasal dari negeri ini (Pahang) tetapi menetap di daerah ini. Tiada sebarang hubungan antara suspek dan mangsa," katanya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035