Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :BERNAMA
Title :Sultan Pahang titah utamakan kebersihan, agar tarik lebih ramai pelancong ke Cameron Highlands
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :17 Februari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar aspek kebersihan perlu diberi keutamaan oleh semua pihak terutama peniaga, dalam usaha menarik lebih ramai pelancong ke kawasan peranginan seperti Cameron Highlands. Baginda bertitah hal berkaitan dengan kebersihan amat perlu dan mesti dititikberatkan, dengan memastikan setiap makanan yang dijual dalam keadaan baik dan tidak tercemar. "Makanan perlu ditutup. Bukan itu sahaja, kawasan persekitaran termasuk longkang perlu sentiasa dibersihkan. Sediakan tong sampah yang mencukupi," titah baginda yang dimuat naik di Facebook Kesultanan Pahang hari ini. Al-Sultan Abdullah bertitah demikian semasa berangkat meninjau sekitar Bazar Kea Farm, Cameron Highlands, semalam. Sepanjang lawatan itu juga, baginda turut sama menyelami masalah dan rungutan daripada rakyat serta peniaga di destinasi pelancongan tanah tinggi terkenal itu. Selain itu, baginda turut beramah mesra dengan pengunjung termasuk pelancong asing serta berkenan menyampaikan kurniaan peribadi kepada kanak-kanak. – BERNAMA
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035