Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Asrol Awang
Title :Pahang tetapkan 20 rakaat solat tarawih di masjid dan surau
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :18 Februari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Pahang menetapkan solat tarawih 20 rakaat dengan tiga rakaat witir dua salam di seluruh masjid dan surau pada Ramadan ini. Jabatan Mufti Negeri Pahang memaklumkan penetapan itu selepas diperkenankan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. "Kesempurnaan solat tarawih adalah afdal didirikan 20 rakaat sebagaimana dijelaskan oleh Imam Syafie. "Bagaimanapun, pihak masjid dan surau boleh memilih untuk memendekkan solat tarawih kepada lapan rakaat pada malam sambutan Nuzul al-Quran," katanya menerusi laman sesawang jabatan itu. Jabatan itu turut memaklumkan bahawa menunaikan solat tarawih secara berjemaah adalah lebih afdal. "Rasulullah SAW mengingatkan umat Islam bahawa melakukan solat-solat sunat di malam Ramadan mempunyai fadilat yang sangat besar seperti mana hadisnya "Maksudnya: "Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan karena keimanan dan mengharapkan redha daripada Allah SWT, akan diampuni dosanya yang telah lalu" [Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 36]," menurut jabatan itu.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035