Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :BERNAMA
Title :Sunview Group menang kontrak RM45 juta jana tenaga solar di UMS
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :20 Februari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR: Sunview Group Bhd (Sunview Group) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Fabulous Sunview Sdn Bhd (Fabulous Sunview) memperoleh kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bernilai RM45.04 juta daripada Quantum Sustainable Energy Sdn Bhd. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Sunview Group berkata, kontrak membabitkan pembangunan kemudahan penjanaan tenaga solar fotovoltan (PV) dengan kapasiti puncak 10.58 megawatt (MWp) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Sabah. Syarikat tenaga boleh baharu (RE) itu berkata, projek akan dilaksanakan dalam dua fasa, dengan fasa pertama membabitkan kapasiti 9.36 MWp dan fasa kedua pula merangkumi 1.22 MWp. Menurut Sunview Group, kemudahan itu akan mengintegrasikan panel solar atas bumbung dan PV bersepadu bangunan dalam premis UMS, termasuk kemudahan meletak kenderaan. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, HP Ong, berkata projek tersebut mengukuhkan kedudukan syarikat itu sebagai rakan kongsi yang boleh dipercayai dalam menyampaikan penyelesaian tenaga mampan. "Dengan membawa RE dalam kampus universiti, kami menyokong komitmen UMS untuk memberi impak positif kepada dunia, seiring dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta menyumbang kepada persekitaran akademik yang lebih hijau. "Projek ini akan menjadi batu loncatan ke arah mengembangkan penyelesaian tenaga hijau ke lebih banyak kampus dan memupuk budaya bertanggungjawab terhadap alam sekitar dalam kalangan generasi akan datang," katanya. -BERNAMA
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035