Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Adha Ghazali
Title :UPM, UMS dan USIM antara 5 agensi catat kerugian 3 tahun berturut-turut
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :24 Februari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR: Tiga universiti awam (UA) antara lima agensi Persekutuan dilapor mengalami kerugian berturut-turut tertinggi sepanjang tiga tahun berturut-turut iaitu antara 2021 hingga 2023. Tiga UA itu membabitkan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Selain itu, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2025 mengenai Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2023 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini memaklumkan dua lagi agensi yang turut mencatat kerugian sama adalah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp). Berdasarkan penjelasan disertakan, punca tiga UA terbabit mengalami kerugian terbabit disebabkan geran mengurus dan pendapatan janaan sendiri (yuran pelajar) tidak dapat menampung perbelanjaan operasi universiti. Ia menyebabkan UMS mengalami kerugian RM141.41 juta pada 2023, meningkat berbanding RM89.31 juta pada 2021 dan RM89.47 juta pada 2022. UPM pula merekodkan kerugian RM127.71 juta pada 2023 berbanding RM81 juta dan RM118.7 juta masing-masing pada 2022 dan 2021, manakala USIM mencatatkan kerugian RM44.02 juta pada 2023, RM2.62 juta (2022) dan RM14.21 juta (2021). Bagi PPUM pula, LKAN 1/2025 melaporkan pendapatan terdiri caj rawatan pesakit tidak dapat menampung perbelanjaan operasi menyebabkan ia mengalami kerugian RM61.3 juta pada 2023, selain RM50.94 juta (2022) dan RM33.44 juta (2021). Sementara SWCorp merekodkan kerugian RM53.9 juta pada 2023, meningkat berbanding RM87.19 juta pada 2022 dan RM60.75 juta pada 2021, dengan peningkatan perbelanjaan perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam dikenal pasti sebagai punca.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035