Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Asrol Awang
Title :Hakim syarie perlu perkukuh keyakinan terhadap institusi kehakiman syariah - Sultan Pahang
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :26 Februari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, mengingatkan hakim syarie bukan sekadar berperanan memastikan keadilan dan keberkesanan pelaksanaan undang-undang Islam dalam kalangan masyarakat, terutama di Pahang. Sebaliknya, titah baginda, hakim syarie perlu mengukuhkan integriti dan keyakinan terhadap institusi kehakiman syariah. Baginda turut menyentuh keberkesanan penggunaan kaedah hakam bermula 2019 yang menyelesaikan masalah lambakan kes di mahkamah syariah. "Sebagai contoh, kes perceraian di Mahkamah Syariah Pahang dipercepatkan dengan signifikan. Sebelum ini proses penyelesaian mengambil antara satu hingga sembilan bulan tetapi kini hanya satu hingga empat bulan diperlukan. "Keberkesanan pendekatan ini terbukti dengan 828 kes berjaya diselesaikan sejak 2023 hingga 2024. "Pemerkasaan dan pelaksanaan kaedah-kaedah menggunakan sistem ini dengan setiap perbincangan dan rakaman video secara automatik, membolehkan hakim menumpukan sepenuhnya kepada prosiding tanpa terganggu dengan penulisan," titah baginda menerusi portal rasmi Istana Pahang. Al-Sultan Abdullah bertitah pada Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan kepada hakim dan pegawai Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pahang di Istana Abdulaziz di sini, semalam. Majlis berkenaan menyaksikan pengurniaan Watikah Pelantikan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Ketua Pendakwa Syarie, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hakim Mahkamah Rendah Syariah dan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Pahang. Baginda bertitah, penyelesaian kes syariah perlu diperkasa melalui penggunaan teknologi dan kecerdasan buatan (AI). "Contohnya, sistem Court Recording Transcription (CRT) yang digunakan di mahkamah di Malaysia untuk merekod dan mentranskrip perbicaraan secara elektronik. "Saya berharap kerajaan negeri akan memberi peruntukan sewajarnya kepada mahkamah syariah melaksanakan sistem ini semasa prosiding, sebagaimana dilaksanakan di mahkamah sivil dan Mahkamah Syariah Sarawak. "Ini salah satu usaha ke arah meningkatkan mutu perkhidmatan kehakiman syariah di Pahang. Hakam ini diharap mampu memberi impak positif dalam menyelesaikan isu umat Islam di Pahang," titah baginda.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035