Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Samadi Ahmad
Title :Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dilantik Profesor Adjung UUM
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :21 Februari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dilantik sebagai Profesor Adjung Universiti Utara Malaysia (UUM) di Pusat Pengajian Kerajaan. Penyerahan surat pelantikan itu disempurnakan oleh Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Mohd Foad Sakdan kepada Wan Ahmad Dahlan di pejabatnya hari ini. Mohd Foad berkata pelantikan ini adalah satu penghormatan kepada UUM dalam usaha memperkukuh jaringan akademik dengan sektor perkhidmatan awam. Beliau yakin kehadiran Wan Ahmad Dahlan sebagai Profesor Adjung akan memberi nilai tambah kepada pelajar dan pensyarah melalui perkongsian ilmu serta pengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan pengurusan awam di universiti berkenaan. Dalam masa, beliau berharap pelantikan itu akan membuka lebih banyak ruang kerjasama strategik antara UUM dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam membangunkan bakat kepimpinan masa depan. "Pelantikan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif UUM untuk memperkukuh hubungan antara akademia dan industri dalam memperkasakan pembangunan modal insan di negara ini. "Sebagai universiti dikenali Universiti Pengurusan Terkemuka, UUM sentiasa komited dalam memperkaya pengalaman pembelajaran dengan melibatkan tokoh berpengaruh dari sektor awam dan swasta untuk berkongsi kepakaran," katanya yang dikongsi di Facebook rasmi UUM. Wan Ahmad Dahlan yang juga bekas Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) berkuat kuasa 9 Januari 2024. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera Ilmu Komunikasi (Kepujian) dari Universiti Airlangga, Surabaya, Indonesia dan Ijazah Sarjana Pengajian Strategik dan Pertahanan dari Universiti Malaya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035