|
Koleksi Khas Digital
|
|
| ||||||||||||||||||
| Full Text : |
| KUANTAN: Seorang guru wanita berusia 38 tahun kerugian RM226,400 selepas diperdaya individu menyamar sebagai pegawai Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NSRC) dan pegawai polis melalui panggilan telefon.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata berdasarkan laporan semalam mangsa menerima panggilan daripada individu memperkenalkan diri sebagai wakil pegawai NSRC pada 15 November lalu.
Beliau berkata, suspek mendakwa mangsa terbabit aktiviti sindiket penipuan wang haram sebelum panggilan itu disambungkan kepada individu lain yang menyamar sebagai pegawai polis.
"Mangsa kemudian diarahkan suspek membuat pemindahan wang bagi tujuan siasatan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
"Dalam tempoh 4 hingga 16 Disember lalu, mangsa melakukan 21 transaksi pemindahan wang kepada tiga akaun berbeza sehingga mengalami kerugian RM226,400. Siasatan mendapati, sumber kewangan daripada wang simpanan mangsa.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |