Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
UMPSA
Main Author :SAIRUL ZAMRI MISRANI
Title :Alumni staf UMPSA bertemu semula, sama-sama tanam pokok
Faculty :Kosmo
Year of Publication : 17 Mac 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
SERAMAI 20 alumni dalam kalangan staf Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) kembali bertemu di alma mater kesayangan mereka selepas sekian lama berpisah. Mereka termasuklah mantan naib canselor, timbalan naib canselor, pendaftar, dekan, pengarah-pengarah dan staf pengurusan serta pentadbiran yang pernah menyumbang bakti di UMPSA sebelum ini. Antaranya ialah Naib Canselor ketiga, Prof. Emeritus Datuk Sri Dr. Daing Nasir Ibrahim dan Naib Canselor kelima, Prof. Datuk Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin. Hadir menyambut kehadiran alumni ialah Naib Canselor UMPSA, Prof. Dr. Yatimah Alias yang begitu terharu dan bersyukur kerana berpeluang bersua muka dengan insan-insan yang telah banyak berjasa kepada universiti. “Tanpa pengorbanan, dedikasi dan sumbangan yang diberikan, mustahil universiti ini dapat berdiri teguh seperti hari ini. “Malahan, setiap masa yang anda luangkan, tenaga yang dikorbankan dan idea yang anda sumbangkan telah meninggalkan kesan dalam pembangunan universiti ini.   “Anda bukan sekadar bekas staf dan pesara, tetapi menjadi legasi hidup yang terus menginspirasi kita semua,” katanya dalam ucapan perasmian baru-baru ini. Dalam program tersebut, turut diadakan aktiviti penghijauan dikenali sebagai Rimba Komuniti. Ia melibatkan penanaman sebanyak 60 anak pokok hutan pelbagai jenis yang dikenal pasti sesuai dengan persekitaran dan tanah di tapak kampus.   Antaranya, anak pokok jenis meranti tembaga, keruing kertas, balau pasir, keladan, merbau, cengal, kulim dan anak pokok petai di tapak Rimba Komuniti yang berkeluasan 6.7 ekar (2.71139 hektar). Berbalik kepada program asal, Yatimah memberitahu, ia diadakan bertujuan menghubungkan semula pesara dan bekas staf dengan UMPSA di samping mengeratkan hubungan silaturahim. Ia juga bagi meraikan sambutan ulang tahun UMPSA ke-23 baru-baru ini. “Para peserta turut dibawa melawat sekitar kampus di Pekan, Pahang dan diberi penerangan berkenaan perkembangan semasa pembangunan kolej.   “Antara lokasi yang dilawati adalah Rimba Lestari, Sistem Panel Solar dan masjid UMPSA, sekali gus mengubat kembali rindu para alumni,” katanya.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035