Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Amir Hamzah Noridn
Title :RnR sementara akan dibina di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utara - Wan Rosdy
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :10 Mac 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
LIPIS: Beberapa hentian Rehat dan Rawat (R&R) sementara akan dibina di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU), dekat sini yang dijangka siap seminggu sebelum Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, peruntukan sebanyak RM2.5 juta disediakan untuk membina hentian sementara itu di beberapa lokasi yang dikenal pasti di laluan LTU. "Pembinaan R&R sementara itu bakal memberi kemudahan untuk pengguna laluan berkenaan yang akan pulang berhari raya berehat," katanya kepada media selepas Program Program Gerak Rahmah Jom Masak Bubur Lambuk Peringkat Negeri Pahang di Dataran Santuari , Kampung Tanjung Gahai, dekat sini, semalam. Beliau berkata, pembinaan itu yang susulan aduan daripada pengguna berhubung ketiadaan lokasi sesuai untuk berhenti rehat sepanjang laluan berkenaan.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035