Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Mohd Rafi Mamat
Title :'Parut 6 sebatan di badan bukti saya bersalah, saya reda dengan hukuman diterima...'
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :10 Mac 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: "Ini Ramadan kali ke sembilan saya merengkok dalam penjara, suasana berpuasa dilalui hambar selepas bergelar banduan," kata Saiful, 51 (bukan nama sebenar). Dia yang berasal dari Melaka berkata, hukuman 18 tahun penjara dan enam sebatan dikenakan terhadapnya selepas didapati bersalah merogol gadis bawah umur pada 2016. Bapa kepada lima anak itu berkata, kejadian membabitkan gadis berusia 17 tahun itu juga turut menjadi punca rumah tangganya runtuh. Katanya, pendapatan lumayan sebagai pengusaha bengkel motosikal menyebabkan dia lupa diri, malah kerjaya sampingan sebagai pelumba motosikal memberi peluang kepadanya berdampingan dengan ramai gadis yang meminati sukan itu. "Saya reda dengan hukuman diterima, parut enam sebatan yang diterima menjadi bukti kesalahan saya. "Rumah tangga musnah apabila isteri mahu berpisah dan membawa anak bongsu kami, manakala empat lagi anak kami membesar tanpa ibu dan bapa di kampung," katanya, di sini, semalam. Saiful yang kini menjalani hukuman di Penjara Penor, di sini, sejak 2017 berkata, Ramadan dilalui setiap tahun hampir sama dengan aktiviti keagamaan seperti membaca al-Quran dan bersolat tarawih di bilik. Beliau berkata, sebelum ini sudah tiga kali membuat permohonan pengampunan, namun gagal dan dijadual dibebaskan tanpa pengampunan pada 1 Julai 2028. "Aidilfitri tahun lalu saya berpeluang bertemu keluarga pada program bersemuka dan kehadiran anak dapat melepaskan rindu pada mereka yang terpaksa berdikari meneruskan kehidupan tanpa kasih sayang ibu bapa. "Saya nasihatkan golongan remaja jangan terlalu bebas bergaul tanpa batasan kerana ia mengundang kejadian tidak diingini berlaku," katanya yang ingin meneruskan perniagaan bengkel motosikal selepas bebas nanti.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035