Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
UMPSA
Main Author :SAIRUL ZAMRI MISRANI
Title :UMPSA perhebat fasiliti pelajar
Faculty :Kosmo
Year of Publication :24 Februari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
CAKNA terhadap kebajikan pelajar, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)melancarkan tiga inisiatif perkhidmatan pelajar di bawah seliaan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) baru-baru ini. Inisiatif perkhidmatan pelajar yang diusahakan itu dilihat akan memberi manfaat kepada para pelajar di Gambang, Pahang. Ia termasuklah dobi berpusat, gimnasium dan dapur siswa yang dilengkapi dengan kelengkapan memasak bagi membolehkan pelajar berkreativiti menyediakan makanan sendiri. Naib Canselornya, Prof. Dr. Yatimah Alias berkata, inisiatif perkhidmatan pelajar yang dijalankan akan membantu para pelajar dalam pelbagai aspek. “Keperluan pelajar sangat penting dan UMPSA sangat menitikberatkan kemudahan dan fasiliti yang terbaik untuk para mereka. “Universiti akan sentiasa berusaha untuk menambah baik kemudahan yang disediakan dari semasa ke semasa,” katanya. Jelas Yatimah, pelbagai usaha sedang dilaksanakan UMPSA sebagai pelan jangka masa panjang dengan membangunkan ‘Sustainable Campus Life Planning’ yang komprehensif.   Ia meliputi pelan makanan, asrama, pengangkutan, peranti dan lain-lain bagi kemudahan pelajar dalam universiti. Dalam pada itu, UMPSA turut memperkenalkan UMPSA Express Meal yang merupakan makanan retort sebagai salah satu inisiatif kemudahan buat pelajar. Rentetan itu, universiti turut melancarkan pek makanan ‘ready to eat’ di bawah inisiatif food@campus dengan kerjasama Yayasan UMPSA untuk kebajikan pelajar yang memerlukan segera makanan. “Bermatlamatkan ‘zero hunger’, kemudahan ini sebagai persediaan bagi menyediakan makanan semasa kecemasan bagi membolehkan pelajar mendapatkan makanan yang sihat dan sedia untuk dimakan. “Kemudahan ini membolehkan pelajar yang berkeperluan mendapat makanan yang dimasak menggunakan teknologi retort antaranya rendang ayam, rendang daging, daging lada hitam, paprik ayam dan nasi goreng cina. “Mereka boleh mendapatkan pek makanan retort melalui permohonan secara dalam talian di portal E-Community pelajar. “Selain itu, kemudahan ini juga dapat dinikmati pihak yang memerlukan termasuk mereka yang terkesan akibat bencana atau banjir yang memerlukan segera makanan yang siap dimasak,” katanya. Menariknya, lebih 38,000 pek makanan retort pelbagai menu telah disediakan dan diperuntukkan setahun kepada pelajar daripada kalangan keluarga B40 yang memerlukan.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035