Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Rafhanah Hazirah Ramlin
Title :20 subjek UKM berada dalam kelompok 3 terbaik Malaysia
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :13 Mac 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terus melakar kecemerlangan dalam arena pendidikan tinggi apabila 20 daripada 30 subjek ditawarkannya berjaya tersenarai dalam kelompok tiga terbaik di Malaysia berdasarkan penarafan QS World University Rankings by Subject 2025. Subjek berkenaan termasuk subjek berkaitan sukan, Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris, Bahasa Moden, Pengajian Komunikasi dan Media, Undang-Undang, Kejuruteraan (Awam dan Struktur, Elektrikal dan Elektronik, Mekanikal, Aeronautik dan Pembuatan), Perubatan, Pendidikan, Perakaunan dan Kewangan, serta Farmasi dan Farmakologi. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) yang menjalankan fungsi Naib Canselor UKM, Prof Dr Abdul Halim Abdul Gafor, berkata 15 daripada 30 subjek yang ditawarkan di universiti itu berjaya tersenarai dalam kelompok 200 terbaik dunia. "Lebih membanggakan, subjek 'Theology, Divinity and Religious Studies' mencatat peningkatan kedudukan sangat membanggakan, iaitu berada dalam kalangan 100 terbaik dunia. "Pencapaian ini juga mencerminkan kekuatan dan daya saing UKM dalam pelbagai disiplin ilmu," katanya. Selain itu, UKM turut mencatat peningkatan dalam tiga 'Broad Area' utama, iaitu Arts and Humanities, Natural Science, serta Life Sciences and Medicine. "Penarafan antarabangsa ini membuktikan UKM berjaya mengekalkan reputasinya dari segi kualiti kepakaran akademik, program berprestasi tinggi, serta hasil usaha berterusan dan kesungguhan seluruh warganya dalam memastikan pendidikan tinggi yang berkualiti, inovatif serta relevan dengan keperluan global," katanya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035