Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :BERNAMA
Title :Usaha bantu golongan memerlukan sentiasa jadi keutamaan kerajaan - Noraini
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :14 Mac 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Usaha membantu golongan memerlukan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dengan pelbagai inisiatif telah tersedia, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad. Beliau berkata kerajaan sentiasa komited dalam memastikan kesejahteraan rakyat selain memastikan program kebajikan dan bantuan sosial disalurkan dengan berkesan. Antara usaha yang telah dilaksanakan iaitu pelbagai skim bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membantu golongan rentan seperti Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas, ibu tunggal dan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan. "Selain itu, program pemerkasaan wanita dan ibu tunggal terus giat dilaksanakan bagi membolehkan wanita meningkatkan daya saing mereka dalam pelbagai bidang, termasuk keusahawanan dan latihan kemahiran," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan Pengagihan Bakul Ramadan Nestle di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) di sini semalam yang menyaksikan 500 asnaf menerima bantuan. Mengulas mengenai program berkenaan, beliau berharap inisiatif itu dapat diteruskan dan diperluas bukan hanya dalam bulan Ramadan, tetapi sepanjang tahun selain lebih banyak syarikat korporat digalakkan tampil membantu masyarakat. – BERNAMA
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035